Dalam dunia IT yang serba canggih ini, kita tidak dapat lari daripada mengikuti arus perkembangan masa kini iaitu berkomunikasi melalui telefon bimbit. Telefon bimbit yang dahulunya tergolong sebagai barangan mewah atau simbol status kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan masa kini; yakni alat perhubungan sesama manusia.
Oleh kerana ianya telah menjadi keperluan dan sebahagian daripada kehidupan kita, kita seharusnya mencari jalan bagaimanakah kita boleh berjimat ketika kita menggunakan telefon bimbit tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita timbang-timbangkan untuk menjimatkan perbelanjaan telekomunikasi kita ketika berada di dalam negara, lebih-lebih lagi di luar negara. Penjimatan adalah berdasarkan kesesuaian penggunaan kemudahan tersebut.
Perayauan Antarabangsa
Perayauan antarabangsa adalah satu kemudahan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam kemudahan ini ialah pemindahan data (data transfer) dan suara (voice). Pengguna haruslah bijak memilih tawaran-tawaran yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan berbanding dengan kos yang dikenakan ketika menggunakan kemudahan ini.
Sebagai contoh sekiranya anda perlu memuat turun e-mel dalam frekuensi yang banyak semasa berada di luar negara, adalah lebih menjimatkan sekiranya anda melanggan capaian tanpa had (walaupun yuran tetap capaian tanpa had adalah lebih tinggi) daripada menggunakan caj per capaian. Ini adalah kerana penyedia perkhidmatan akses tanpa had akan membenarkan anda untuk memuat turun e-mel sepanjang waktu tanpa mengambil kira jumlah data yang dimuat turun. Perbandingan mudah adalah seperti berikut:
Capaian tanpa had RM38 untuk 24 jam berada di luar negara.
Berbanding dengan senario muat turun SATU e-mel bersaiz 384kb dengan kadar 10 sen untuk setiap 10 kb untuk selama 3 minit. Kos perayauan antarabangsa untuk seminit RM3.50. Jumlah kos keseluruhan adalah seperti berikut:
Kos muat turun 384kb/10 x RM0.10 = RM3.84
Kos perayauan 3 minit x RM3.50 = RM10.50
Jumlah = RM14.34
Oleh itu, sekiranya anda perlu memuat turun e-mel lebih daripada 2 dalam masa sehari, maka adalah lebih menjimatkan sekiranya anda melanggan capaian tanpa had.
Penggunaan Kad Sim Prabayar Tempatan
Penggunaan kad sim tempatan adalah antara cara yang murah untuk berkomunikasi dengan orang tempatan di negara yang dikunjungi mahupun untuk berkomunikasi dengan orang yang berada di tanah air.
Sebagai perbandingan, sekiranya kita menggunakan kad sim yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan dengan perayauan antarabangsa, penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj perayauan antarabangsa untuk setiap panggilan yang dibuat dan diterima yang mana kosnya adalah lebih tinggi berbanding sekiranya kita menggunakan kad sim tempatan.
Sebagi perbandingan, sekiranya anda berada di Indonesia dan menghantar satu pesanan ringkas menggunakan perayauan antarabangsa, cajnya adalah seperti berikut:
Kos pesanan ringkas RM0.20
Kos perayauan antarabangsa RM1.20
Jumlah RM1.40
Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan kad sim prabayar tempatan, caj untuk satu pesanan ringkas adalah seperti berikut:
Kos pesanan ringkas Rp300
Kadar pertukaran Rp348/100 RM0.10
Jadi anda boleh berjimat sebanyak RM1.30 bagi setiap pesanan tingkas yang dihantar sekiranya anda menggunakan kad skim prabayar tempatan kerana caj yang dikenakan adalah seperti caj penghantaran pesanan ringkas di dalam negara yang dilawati, begitu juga dengan kadar panggilan. Di samping itu juga tiada sebarang caj yang dikenakan untuk penerimaan panggilan mahupun pesanan ringkas. Penggunaan kad sim tempatan juga dapat mengawal jumlah perbelanjaan kita kerana ia menggunakan konsep pra bayar.
Penggunaan Kad Panggilan
Konsep yang diperkenalkan sebelum wujudnya telefon bimbit, tetapi kini semakin dilupakan ialah penggunaan kad panggilan yang berasaskan konsep prabayar. Kandungan setiap kad adalah dalam bentuk minit. Anda boleh membuat panggilan berdasarkan jumlah minit yang dibeli. Kad prabayar terdapat di dalam berbagai denominasi. Sebagai langkah penjimatan, kita perlu membeli kad prabayar berdasarkan jumlah anggaran penggunaan kita. Kad prabayar tidak memerlukan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan telefon talian tetap untuk menghubungi orang yang ingin dihubungi.
Penggunaan kad panggilan prabayar amat popular. Harga sekeping berdenominasi USD10 dijual pada harga USD7 untuk jumlah 300 minit panggilan ke talian tetap atau 240 minit panggilan ke telefon mudah alih.
Kos pembelian kad tersebut dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran RM3.70 adalah RM25.90. Penjimatan adalah besar kerana dengan menggunakan kad panggilan kita boleh membuat panggilan jauh untuk beratus-ratus minit.
Sebagai perbandingan, sekiranya anda membuat panggilan seminit dari Amerika ke Malaysia dari talian tetap ke talian tetap yang lain cajnya ialah USDxxxx atau RMxxxx. Sekira anda menggunakan kad panggilan prabayar, caj panggilan satu minit ke Malaysia hanyalah RM0.09 (RM25.90/300 minit). Lihat! berapa banyak yang anda boleh berjimat.
Penggunaan kad prabayar bukan sahaja boleh digunakan ketika berada di luar negara tetapi boleh digunakan di dalam negara untuk kita membuat panggilan jarak jauh.
Penggunaan Radio Dua Hala
Penggunaan radio dua hala adalah lebih menjimatkan sekiranya kita membuat perjalanan dalam berkumpulan. Ini adalah kerana tiada kos panggilan yang dikenakan untuk hubungan komunikasi yang dilakukan. Kos yang perlu dikeluarkan oleh pengguna hanyalah kos pembelian atau penyewaan peralatan radio dua hala tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada peraturan-peraturan penggunaan radio dua hala tempatan.
Di atas adalah sedikit tips yang kami ingin kongsikan bersama anda, jadi fikir-fikirkan sebelum anda berkomunikasi.......................
*nota kadar caj perayauan antarabangsa adalah berbeza-beza mengikut negara. Pengguna dikehendaki membaca dengan teliti syarat-syarat dan terma yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan.

0 comments:
Post a Comment